Tuesday, 6 December 2011

7 H@t

Kisah kami bermula di Melaka.Sewaktu itu kami sedang mengikuti rombongan ke KL dan Melaka.
Terasa juga penatnya kerana terlalu lama berada di dalam bas.Kebas juga bahagian belakang kami.Namun,malam itu semua kelihatan bersemangat,maklumlah hendak melancong,pasti gembira bukan??
Tapi semua itu tidak lama..Tepat jam 3 pagi,semuanya telahpun terlelap akibat mengantuk..Suasana berubah menjadi sunyi..Sedang asyik dengan tidur masing-masing,tiba-tiba kami terasa seperti bas itu berhenti..Ternyata sudah sampai rupanya..Kami berheni di RnR Ayer Keroh..Semua mengambil barang masing-masing lalu pergi menyegarkan badan serta menunaikan solat subuh..Setelah selesai semuanya,kami meneruskan perjalanan kami...Destinasi pertama kami ialah Taman Mini Malaysia,tapi malangnya tempat itu tidak dibuka kerana ada kerja pembaik pulih disana..Kami hanya sempat menangkap gambar di bahagian depan sahaja...

Seterusnya kami ke Kota A Famosa,Kubu pertahanan Portugis dahulu..Kali pertama kami sampai di Kota A Famosa kami hanya terseyum sinis kerana kota itu sangat kecil dan tidak menarik.Entah kenapa leher saya terasa lenguh lalu saya mendongak ke atasa untuk menghilangkan lenguh itu..Alangkah terkejutnya saya apabila melihat sebuah kota yang besar dan cantik di atasa sana.Tempatnya sungguh tinggi,dan tangganya sangat banyak..Saya memaklumkan kepada kawan-kawan saya lalu mereka berminat untuk naik kesana.
Kami bertujuh naik ke sana dan melihat pemandangan dari atas sana..
Tenang sungguh pemandangan dari atas sini.Kami hanya tersenyum sambil melihatnya.Sedang asyik melihat pemandangan yang permai itu,terdengar satu alunan muzik yang sungguh sayu,seolah-olah pemain muziknya sedang berada dalam kesedihan.Kami mencari-cari dari mana datangnya muzik itu.Tiba-tiba salah seorang dari kami melihat seorang lelaki di pertengahan usia sedang meniup seruling.Barulah kami sedar bahawa muzik itu datang dari arah situ.Sayu sekali muzik itu dimainkan.Kami melihat terdapat kotak berisi wang dibawah itu
lalu dengan hati yang ikhlas kami pun mendermakan wang kami.Tidak lama kemudia kami beredar dari situ,
kawan kami memberitahu bahawa ternyata uit yang kami dermakan itu adalah untuk kos pembedahan anaknya yang sedang menderita penyakit jantung..
huhuhu....kasihan sekali pak cik itu.Pak cik itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami semua kerana sudi mendermakan wang untuk anaknya..